"Bukalah cepat, entah-entah panggilan ke Makkah," aku yang ketika itu sedang memasak, menyahut dari dapur.
"Alhamdulillah, kita dapat," nyata suamiku selepas membuka dan membaca surat itu.
Aku senyum sendiri. Aku sudah faham maksud suamiku walaupun aku belum melihat kandungan surat itu, Surat yang kami tunggu-tunggu selama ini.
Travelog Haji Muslimah, catatan perjalanan seorang hamba Allah dari sudut pandangan wanita. Tidak seperti jemaah lelaki yang dianugerahkan kekuatan bagi melaksanakan ibadat haji, jemaah wanita juga menghadapi cabaran, kepayahan dan kemanisan yang tersendiri, sebagai seorang wanita. Buku ini menghidangkan dimensi yang berlainan daripada siri-siri haji yang sebelumnya dipelopori oleh lelaki. Turut membicarakan berkenaan hukum-hakam berkaitan ibadat haji bagi wanita, kata-kata hikmah dalam bahasa santai dan mudah. Wanita juga memiliki kelebihan dalam jidah, sebagaimana Rasulullah menyatakan, "Jihad bagi warga tua, kanak-kanak, golongan yang lemah dan wanita adalah haji dan umrah." (Direkodkan oleh Sunan an-Nasaa'i).
![]() | |||||||
|
Setiap muslimah perlu mempunyai senaskhah buku ini sebagai panduan dan persediaan sebelum menunaikan haji dan umrah.
Singgah ke E-store untuk pelbagai lagi pilihan buku untuk dijadikan koleksi.
(Travelong Haji Muslimah, PTS Publisher, Storm Readers, Buku Panduan Haji, Buku Panduan Umrah, Travelog Haji)
(Pesta Buku Antarabangsa PWTC, Big Bad Wolf, Pesta Buku 1 Malaysia, Pesta Buku Selangor)
(Pesta Buku Antarabangsa PWTC, Big Bad Wolf, Pesta Buku 1 Malaysia, Pesta Buku Selangor)

