Monday, May 26, 2014

Canakkale: Ajaibnya Turki!

"Penatnya Nushi. Anta tak mengantukkah?" soal saya kepada Nushi.

"Hmm.. mengantuk tu mengantuk juga. Tapi nak buat macam mana. Inilah nasib pengembara low budget," balas Nushi.

Jam menunjukkan pukul 4:30 pagi. Kami berdua baru sahaja tiba ke Canakkale dari Bursa. Perjalanan lima jam begitu meletihkan.

Kami ke Turki pun spontan benar. Belanja masing-masing agak terhad. Anatara langkah kami unutk menjimatkan belanja ialah mengambil bas malam apabila mahu bergerak dari satu bandar ke satu bandar yang lain. Jadi tidak perlukah membayar duit hotel.

Canakkale ialah bandar pelabuhan. Saya masih ingat lagi bagaimana askar-askar Muslim dari India dikerah paksa menyertai Tentera British. Mereka dibawa dalam keadaan terpinga-pinga hingga ke pantai Canakkale. Ketika mereka mahu melancarkan peperangan bersama penjajah British, askar-askar Muslim ini terkejut mendengar laungan 'Allahu Akbar' daripada tentera 'musuh'.

Sedarlah mereka bahawa mereka telah ditipu. British membawa mereka dari India ke Canakkale untuk memerangi saudara seagama mereka, tentera Othmaniyyah Turki di seberang sana.

Ikuti sambungan cerita ini di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih hasil karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com)

Friday, May 16, 2014

U-TURN KE JALAN LURUS

Pengajaran hebat dalam perubahan diri

"Satu 'juadah' berharga untuk membangun jiwa kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari jalan lurus. Bahasa dan bentuk penyampaian mesejnya amat bersahaja dan membelai jiwa. Penulis bijak menggabungkan unsur psikologi dan budaya beragama dalam bentuk penceritaan, nukilan dan kisah serta peringatan. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang mahu membersih jalan hidup dan membina matlamat hidupnya agar sejahtera dunia dan akhirat"
~ DR ROBIAH K. HAMZAH ~
Pengarah Urusan RKH Motivation & Services dan Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga.

"Buku ini dapat memberikan iktibar dan kesedaran kepada kita melalui cerita-cerita dan teladan yang mudah difahami dan mungkin juga pernah dialami. Ia mengajar kita untuk menerima dan menilai sesuatu musibah atau kejadian yang berlaku dengan pemikiran dan sudut pandangan lebih positif. Lebih berkesan apabila adanya peringatan Allah SWT dan ulasan penulis untuk kita menelaah dan seharusnya dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan seharian supaya tidak leka atau alpa dengan fitnah dunia"
~ DATIN FAUZIAH BINTI DATO' NIK HUSSIN ~
Pengarah Urusan Kumpulan Alloy Consolidated Sdn. Bhd.

"Kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada golongan dewasa yang kadang kala alpa tentang agama. Kelainan dari segi penulisan menjadikan buku ini menarik untuk dijadikan bahan bacaan ringan"
~ DATO' AHMAD FADZIL MOHAMAD ~
CEO Golden Pharos Europe Ltd (UK) XL Joinery, Prestige Doors DLC.

Author:Zul Ramli M. Razali
Price:RM22.00

Dapatkan secara online di sini sekarang.