"Penatnya Nushi. Anta tak mengantukkah?" soal saya kepada Nushi.
"Hmm.. mengantuk tu mengantuk juga. Tapi nak buat macam mana. Inilah nasib pengembara low budget," balas Nushi.
Jam menunjukkan pukul 4:30 pagi. Kami berdua baru sahaja tiba ke Canakkale dari Bursa. Perjalanan lima jam begitu meletihkan.
Kami ke Turki pun spontan benar. Belanja masing-masing agak terhad. Anatara langkah kami unutk menjimatkan belanja ialah mengambil bas malam apabila mahu bergerak dari satu bandar ke satu bandar yang lain. Jadi tidak perlukah membayar duit hotel.
Canakkale ialah bandar pelabuhan. Saya masih ingat lagi bagaimana askar-askar Muslim dari India dikerah paksa menyertai Tentera British. Mereka dibawa dalam keadaan terpinga-pinga hingga ke pantai Canakkale. Ketika mereka mahu melancarkan peperangan bersama penjajah British, askar-askar Muslim ini terkejut mendengar laungan 'Allahu Akbar' daripada tentera 'musuh'.
Sedarlah mereka bahawa mereka telah ditipu. British membawa mereka dari India ke Canakkale untuk memerangi saudara seagama mereka, tentera Othmaniyyah Turki di seberang sana.
Ikuti sambungan cerita ini di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih hasil karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com)
No comments:
Post a Comment